
Banyak pelabur mengalami kegagalan dalam menguasai ilmu Teknikal Analisis dalam urusan jual beli saham, menjadi faktor utama mengapa mereka tidak dapat bertahan lama di dalam pasaran saham, walaupun semakin banyak yang menyertainya, terpikat dengan pulangan yang lumayan.

Mengambil perhatian kepada situasi ini, Jedi Traders Academy (JTA) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2018 dengan tujuan untuk melahirkan lebih banyak pakar atau ‘Jedi’ dalam bidang Teknikal Analisis, baik di pasaran saham tempatan mahupun global.
Namun, JTA tidak hanya menawarkan kemahiran menguasai aspek teknikal dalam jual beli saham. Menurut pengasasnya, Abdul Razak Abu Bakar (MSTA-CFTe), akademi ini juga ingin memberi pengalaman yang berbeza kepada pelabur.
Abdul Razak menjelaskan bahawa pelabur akan dibimbing untuk melakukan aktiviti jual beli mereka menerusi penggunaan perisian JATZ (Jedi Auto Trend Zone), yang dibangunkan secara eksklusif oleh JTA.

Beliau menjelaskan bahawa perisian JATZ memudahkan kerja analisis carta dalam urusniaga, dan banyak pelabur kini menggunakan software JATZ dalam urusan jual beli harian mereka, yang terbukti sangat membantu. Dengan penggunaan perisian ini, pelabur tidak perlu mengambil banyak masa untuk melakukan kerja analisis dan transaksi.

Menurut Abdul Razak, pelabur tidak hanya dibimbing melalui program bimbingan mingguan secara percuma dan bermusim, tetapi juga melalui penggunaan JATZ sebagai alternatif untuk mencapai pendapatan tambahan. Banyak peserta yang sudah berkongsi manfaat menerusi penyertaan dan penggunaan JATZ.

Program Celik Saham yang diadakan pada tahun lalu telah berjaya menghimpun lebih dari 500 pelabur baharu, dan program ini dijangka akan diadakan sepanjang 2023 ini. JTA juga akan menganjurkan Program Celik Labur sepanjang tahun 2023 untuk memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara untuk mengenal pasti peluang melakukan urusniaga di pasaran global.

Abdul Razak juga menjelaskan bahawa bimbingan melalui program mingguan secara percuma termasuk mengenali platform-platform yang boleh digunakan untuk memulakan urusniaga dengan modal yang mampu dimiliki, pastinya sangat membantu terutama kepada mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.
Jedi Traders Academy bakal melancarkan program khas CELIK LABUR pada tahun 2023 ini untuk membantu mereka yang ingin mengenali dunia dan strategi Trading di pasaran Global dengan lebih mendalam.