Writer : Zaqi Adnan
April 12, 2023
Topic :

Ramai di kalangan trader yang berkecimpung dalam dunia trading sering mengalami kegagalan saat melakukan trading dengan modal yang kecil. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin bermanfaat bagi trader yang sering menghadapi masalah ini.

  1. BERSABAR

Kesalahan besar yang sering dilakukan oleh Trader dengan modal kecil adalah mereka sering ingin mendapatkan keuntungan yang besar dan cepat, tetapi tidak sebanding dengan ukuran saiz akaun mereka.

Kebanyakan dari mereka berpendapat bahawa, tidak sepadan jika mereka hanya menghasilkan keuntungan kecil setelah menghabiskan waktu dan tenaga di dalam kerja menganalisis pergerakan pasaran.

Hal ini memang sinonim untuk golongan ini. Namun, mereka perlu bersabar untuk mendapatkan keuntungan secara perlahan-lahan dan tidak membandingkan diri mereka dengan trader lain yang memiliki modal besar.

2. FOKUS KEPADA SETUP / TEKNIKAL ANALISIS, BUKANNYA PROFIT

Jika anda seorang pelumba kereta, adakah anda perlu berfikir siapakah yang perlu anda tewaskan, berbanding apakah bahagian atau skill yang perlu perbaiki dan persiapan jentera yang mantap untuk memenangi perlumbaan?

Bertrading dengan akaun kecil memerlukan fokus pada proses trading itu sendiri, kerana itulah yang akan menghasilkan hasil yang baik.

Sentiasa tingkatkan analisis, cari kedudukan masuk terbaik, tetapkan Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP) supaya berjaya menghasilkan rancangan trading yang mantap.

3. JANA PENDAPATAN DARI SUMBER LAIN

Kerana modal yang terhad untuk bertrading, anda boleh mencari pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan anda. Selagi akaun anda masih kecil, trading boleh dianggap sebagai bisnes sampingan sementara.

4. Tambah Modal Perlahan-lahan Daripada Sumber Pendapatan Lain

Setelah mencapai tahap konsistensi yang baik dalam menghasilkan keuntungan, anda boleh mempertimbangkan untuk menyuntik modal tambahan untuk memperbesar akaun trading anda.

Pastikan sebelum menyuntik modal tersebut, akaun kecil yang telah berhasil dikembangkan dengan menghasilkan pulangan yang baik setiap bulan.

Dengan begitu, anda akan lebih siap untuk melakukan trading dengan modal yang lebih besar. Hal ini akan membawa anda menuju ke arah menjadi seorang trader profesional. Semoga berjaya!

Sertai Kelas Saham Terbaik di Malaysia iaitu program Celik Labur yang dibawa khas oleh Jedi Traders untuk para trader Malaysia. Di program ini kami akan mengasah bakat trading anda sehingga anda mampu membuat profit secara konsisten.

KONGSI KE MEDIA SOSIAL